Saturday, December 19, 2009

Sakitnya malam tadi..

Tepat jam 11.00mlm, aku telah menidurkan anak sulungku Aidil Asyraf. Perutku memulas2 sakit seluruh pinggang dirasakan mcm nk tercabut.. konstraksi berlaku rasenya.. tp aku degilkan hati tidak mahu ke hospital.. Suami ku bertanye sama ada dh rase nk bersalin ke? aku kate belum lg kot cuma sakit pinggang jek.. tp sakit makin terase seluruh badanku mcm senggugut. Sakit ni pun rase mcm masa nk bersalin kan aidil asyraf dulu..

Aku baring disofa ruang tamu sambil menonton tv cerita cerekarama walaupun keadaan diriku yg sedang menahan kesakitan yg tidak dpt digambarkan.. sekejap sakit sekejap hilang.. begitulah berlarutan hingga jam 4pg. Aku boleh melelapkan mata setelah meneguk air zam zam pemberian opah ku yg baru pulang dr tanah suci minggu yg lalu.. alhamdulillah aku dpt melelapkan mata buat seketika.. Pagi subuh suamiku mengejutkan dr tidurku untuk solat subuh. Sakit terasa dipinggang tp kurang dr semlm. aku gagahkan utk mengambil air sembahyang dan ku sambung bacaan surah Thaubah utk ku habiskannya dan ku sambung bacaan surah Yassin. Manalah tau hari ini mmg aku akan ke hospital utk bersalin.. tp aku dah bersedia dari segi fizikal dan mental. Insyaallah Allah s.w.t sentiasa bersamaku. Aku kena gagahkan diri dan kuatkan semangat sbb semangat utk melihat cahaya mataku yg kedua ini. tak sabar rasenya nk lihat dia lahir kedunia ini..

Setakat ini sahajalah coretanku buat kali ini.. Semoga kalian mendoakan semoga daku selamat melahirkan baby dengan mudah dan kurang kesakitan. Dan semoga bayi yg bakal ku lahirkan ini berada dalam keadaan sihat, cukup sifatnye dan segala2nya dilindungi Allah s.w.t hendaknya.. Amin..

No comments:

Post a Comment